header image

Rumusan Kajian

Berikut adalah rumusan yang dibuat setelah soal selidik di jalankan.

BAHAGIAN B (MAKLUMAT KAJIAN )

Secara keseluruhannya dapatan/analisis yang diperolehi dari soal selidik yang dijalankan untuk bahagian B adalah seperti berikut:

  • Seramai 46 responden dari 50 responden tahu apa yang di maksudkan dengan rumah tradisional.
  • Tetapi apabila terdapat soalan yang berunsurkan pengetahuan, hanya 9 responden dari 50 responden berjaya menjawab dengan betul.
  • Ini menunjukkan, responden tahu apa itu rumah tradisional tetapi gagal untuk mengenalpasti  jenis rumah tradisional yang dinyatakan di dalam soalan.

BAHAGIAN C ( MAKLUMAT KAJIAN MENGENAI SARAWAK )

Secara keseluruhannya dapatan/analisis yang diperolehi dari soal selidik yang dijalankan untuk bahagian C adalah seperti berikut:

  • Seramai 16 responden dari 50 responden tahu tentang kewujudan kepelbagaian kaum di Sarawak.
  • Seramai 33 reponden dari 50 responden berjaya memberikan jawapan yang betul dalam mengenalpasti jenis-jenis kaum yang terdapat di Sarawak.
  • Tetapi apabila terdapat soalan yang meminta responden untuk  mengenalpasti jenis-jenis rumah tradisional di Sarawak, hanya 25 reponden dari 50 responden sahaja berjaya memberi jawapan yang betul.
  • Ini menunjukkan, sekali lagi responden gagal menjawab soalan yang berbentuk pengetahuan.
  • Ini kerana, dari soal selidik yang dijalankan responden memilih kurang membaca buku dan kurangnya pendedahan menjadi faktor utama kenapa responden tidak dapat menjawab soalan dengan baik.
  • Soal selidik juga menunjukkan responden mendapat maklumat mengenai rumah tradisional di Sarawak adalah melalui bacaan buku/majalah dan juga carian maklumat di internet .

RUMUSAN KESELURUHAN

  • Seramai 35 responden dari 50 responden berminat untuk mendapat lebih maklumat mengenai kaum dan jenis rumah tradisional di Sarawak.
  • 100 % responden bersetuju menyatakan sebab utama kenapa mereka berminat mendapatkan lebih maklumat adalah untuk menambahkan pengetahuan.

Dari kajian soal selidik yang dijalankan, ia menunjukkan responden gagal menjawab soalan yang berbentuk pengetahuan. Oleh itu, PBL yang akan dijalankan adalah bersesuaian kerana maklumat-maklumat yang akan diperolehi akan disebarluaskan bagi membantu generasi muda dalam menambahkan pengetahuan  jenis rumah tradisional yang terdapat di Sarawak. Maklumat-maklumat tersebut akan disebarluaskan melalui medium :

  • Blog PBL SK Pasoh 3 (F)
  • Video mengenai jenis rumah tradisional yang dibina dan direkabentuk menggunakan aplikasi Movie Maker.
  • Brochure jenis rumah tradisional di Sarawak.
  • Model rumah

Diharapkan melalui medium penyebaran maklumat di atas, ia dapat membantu dalam meningkatkan kesedaran kepada generasi muda agar mengenali dan menghargai rumah tradisional yang terdapat di Sarawak.