header image

Rumah Tradisional

Rumah tradisional adalah rumah yang dibina secara tradisi dan dibina oleh tukang kayu menggunakan kemahiran tradisi seperti sebuah rumah menggunakan pasak iaitu tanpa paku. Terdapat pelbagai jenis rumah tradisional di Malaysia.

Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina orang Melayu yang sangat bernilai dan telah direka bentuk serta dibina sehingga menampakkan betapa mahir dan kreatifnya bangsa Melayu dalam bidang seni bina.

Reka bentuk tersebut memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan keluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan. Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri.

Berikut adalah beberapa contoh rumah tradisional yang terdapat di Malaysia.

1) Rumah Minagkabau

  • Terdapat di Negeri Sembilan.
  • Rekabentuk bumbung rumah Minagkabau melentik seperti tanduk kerbau.
  • Rekabentuknya sama seperti rekabentuk rumah di Sumatera, Indonesia.
  • Menurut sejarah, orang Minangkabau telah datang dan menetap di Negeri Sembilan dengan membuat rumah. Orang Minagkabau membuat rumah dengan mengekalkan reka bentuk rumah seperti reka bentuk rumah di Minagkabau.

2) Rumah Kutai

  • Terdapat di Perak.
  • Reka bentuk Rumah Kutai sama seperti rumah di Acheh dan Makasar, Indonesia.
  • Menurut sejarah, orang Acheh dan Bugis pernah menetap di Perak.
  • Rumah Kutai ialah rumah berbumbung panjang, di sudut tepi dindingnya dipasang tebar layar yang diperbuat dari pelupuh yang berkelarai manakala di bawah kaki tebar layar terdapat pula alang para buang (peran) iaitu tempat menyimpan barang-barang.
  • Secara umumnya Rumah Kutai terdiri daripada dua jenis, iaitu Rumah Kutai Tiang 12 dan Rumah Kutai Tiang 16.
  •  Rumah Kutai mengandungi 12 ataupun 16 tiang pada rumah ibunya. Rumah ibu pula terdiri dari ruang serambi, ruang tamu dan bilik. Di sebelah belakangnya ialah rumah dapur yang dipisahkan oleh ruang selang yang tidak beratap.
3) Rumah Limas
  • Terdapat di Johor.
  • Disebut Rumah Limas kerana atapnya berbentuk Limas. Cara untuk mengenal pasti rumah limas Johor ialah melalui bumbung rumahnya iaitu mempunyai perabung panjang dan bersambung dengan empat buah perabung limas.
  • Di hujung cucuran atapnya pula dihiasi dengan ukiran-ukiran kerawang kayu.
  • Seni bina rumah limas banyak menerima pengaruh luar. Antaranya penjajahan Belanda dan British di Tanah Melayu, pengaruh kemasukan agama Islam serta pengaruh daripada seni bina rumah Indonesia.
4) Rumah Melaka
  • Terdapat di Melaka.
  • Rumah Melaka terkenal dengan tangga batu yang disalut dengan jubin beraneka warna yang menceriakan lagi keadaan rumah tersebut.
  • Rumah Melaka didirikan menggunakan 12 hingga 16 batang tiang utama pada bangunan induk atau rumah ibu. Komponen bangunannya pula terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur.